Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan banjir sekitar Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan berikutan hujan lebat. Foto Bernama

Banjir: 18 sekolah di Terengganu ditutup

KUALA TERENGGANU, 28 Nov: Sebanyak 18 sekolah di empat daerah di Terengganu ditutup akibat banjir teruk yang bermula semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Jelani Sulong berkata ia membabitkan lima sekolah di daerah Kemaman; Dungun (empat buah); Setiu (tiga buah) dan Hulu Terengganu (enam buah).

Beliau berkata sekolah terlibat di Kemaman ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kubu; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Puteh; SK Pasir Gajah; SK Seberang Tayor; dan SK RKT Seberang Tayor.

“Di Hulu Terengganu sekolah ditutup adalah SK Lubok Periok; SK Padang Setar; SK Tengkawang; SK Padang Setebu; SK Tengku Ampuan Intan; dan SK Kuala Ping.

“Selain itu, di Dungun sekolah ditutup ialah SK Pasir Raja; SK Jongok Batu; SK Minda Talong; dan SK Kuala Jengal manakala di Setiu melibatkan SK Sungai Las; SK Sungai Tong; dan SK Kampung Bukit Ulu Nerus,” katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, beliau berkata semua sekolah terbabit diberi cuti peristiwa dan tiada sebarang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam tempoh tersebut termasuk pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Katanya pihak sekolah yang terjejas banjir diberi kebenaran untuk mengambil cuti peristiwa tetapi perlu memaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing untuk tujuan rekod.

Sementara itu, Jelani berkata sebanyak 41 sekolah di enam daerah telah dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menampung mangsa banjir.

Menurut beliau ia melibatkan 18 sekolah di daerah Besut; Dungun (tiga buah); Hulu Terengganu (lima buah); Kemaman (empat buah); Setiu (lapan buah) dan Marang (tiga buah). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan