Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Taikun perniagaan, Ananda Krishnan meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun. Foto AFP

Ananda Krishnan meninggal dunia pada usia 86 tahun

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Taikun perniagaan, Ananda Krishnan meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.

Berita itu disahkan oleh syarikat pegangan pelaburan yang diterajui beliau, Usaha Tegas Sdn Bhd, menerusi satu kenyataan.

“Dengan penuh rasa dukacita yang mendalam, kami mengumumkan pemergian Pengerusi, Ananda Krishnan Tatparanandam, yang meninggal dunia dengan tenang pada 28 Nov, 2024.

“Beliau telah membuat sumbangan besar untuk pembinaan negara serta dunia korporat, dan sifat dermawan beliau dalam usaha kebajikan telah memberi manfaat kepada banyak pihak. Kami dengan rendah hati memohon agar hasrat keluarga untuk berkabung secara tertutup dapat dihormati,” menurut syarikat itu.

Ananda, dilahirkan pada 1 April, 1938 di Brickfields, di sini dengan nama penuh Tatparanandam Ananda Krishnan atau T. Ananda Krishnan, menjadi antara tokoh perniagaan terkemuka Malaysia dan disenaraikan sebagai satu daripada individu terkaya di negara ini.

Ananda, lulusan Harvard Business School, memulakan Usaha Tegas dan kemudian mengasaskan Maxis Communications dan MEASAT Broadcast Network Systems.

Kepimpinannya telah mendorong Maxis menjadi antara penyedia telekomunikasi terkemuka di Malaysia.

Menurut senarai bilionair terkini Forbes, nilai bersih Ananda adalah US$5.1 bilion (US$1=RM4.4325) pada 27 Nov, 2024, meletakkan mendiang sebagai individu ke-667 terkaya di dunia.

Beliau meninggalkan seorang anak lelaki, yang kemudian menjadi sami Buddha, serta dua anak perempuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan