Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyampaikan darjah kebesaran negeri kepada salah seorang penerima. Foto Nadim Bokhari (TVS)

135 penerima terima darjah kebesaran Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 28 Nov: Seramai 135 individu menerima darjah kebesaran negeri daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di sini, hari ini.

Mendahului senarai empat penerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Pegawai Bintang Sarawak (PBS) ialah Pengarah Operasi di Jabatan Arah Jurutera Angkatan Tentera Malaysia Mohd Afendi Abu Bakar diikuti Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Galan Ngadit, Dr Faris Kamarudin dan Fu Shiow Chyun.

Istiadat diteruskan dengan Pengurniaan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bingang Kenyalang Sarawak, Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) yang didahului Pegawai Tadbir Khas Petadbiran Bahagian Samarahan Anuar Da’an, Pegawai Hutan Bahagian Perhutanan Sosial Jabatan Hutan Sarawak Asan Odau, Aston Bobby Andy Chunting dan diikuti lapan penerima lain.

Seterusnya, istiadat diteruskan dengan pengurniaan Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB) kepada 20 penerima antaranya Supritendan Bingkok John, Bolkiah Srah dan Bruce Kini Jesse.

Sementara itu, sembilan penerima dikurnia Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (ABS) antaranya Anthony Jiram, Busiai Seman dan Chai Siaw Fong.

Selain itu, turut disampaikan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (ABK) kepada sembilan penerima diikuti Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT) kepada 44 penerima dan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (BBS) kepada 38 penerima.

Istiadat pengurniaan tersebut juga disaksikan oleh isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan