Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan. Foto Envato

1 maut, 20 dimasukkan ke hospital akibat terhidu gas beracun di India

ByBernama

NEW DELHI, 28 Nov: Sekurang-kurangnya seorang maut dan 20 lagi jatuh sakit selepas dipercayai terhidu gas beracun di sebuah kilang farmasi di negeri Andhra Pradesh, selatan India, menurut pegawai pada Rabu.

Kejadian itu berlaku di Anakapalli di Visakhapatnam, bandar terbesar di Andhra Pradesh.

Menurut pegawai, kakitangan di dalam kilang itu terhidu campuran Asid Hidroklorik (HCL) dan Klorofom yang disyaki jatuh di atas lantai, menyebabkan mereka mengalami masalah pernafasan.

Media tempatan melaporkan pengurusan syarikat itu tidak memberi amaran kepada pekerja yang terlibat dalam kerja pembersihan mengenai bahaya terhidu gas beracun berkenaan.

Polis telah membuka kertas siasatan dan mengarahkan siasatan lanjut mengenai kejadian itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan