Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tukang gunting rambut Jamal Mirdad Khairuddin, 41, (kanan) didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memiliki 900 liter air ketum. Foto Bernama

Tukang gunting rambut didakwa miliki air ketum

ByBernama

IPOH, 27 Nov: Seorang tukang gunting rambut dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 900 liter air ketum, Jumaat lepas.

Jamal Mirdad Khairuddin, 41, mengangguk faham ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha, namun tiada pengakuan direkodkan sementara menunggu laporan kimia.

Mengikut pertuduhan, tukang gunting rambut itu didapati berada dalam kawalannya anggaran jumlah isi padu cecair 900 liter yang mengandungi mitragynine yang disenaraikan dalam Jadual Pertama dan Jadual Ketiga (Bahan-Bahan Psikotropik) Akta Racun 1952.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah di Laluan Pakatan Jaya 4, Pakatan Jaya di sini, kira-kira 12.01 tengah malam, 22 November lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 30(5) akta yang sama yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Vatchira Wong Rui Fern menawarkan jaminan RM7,000 kerana mengambil kira barang kes yang banyak dengan melibatkan 900 liter cecair.

Bagaimanapun peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nor Izawani Ahmad Jalaludin yang mewakili tertuduh pula memohon jaminan rendah antara lain kerana berpendapatan hanya RM80 sehari, dan perlu menjaga ibunya berusia 60 tahun.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM3,500 dan sebutan semula kes pada 5 Februari depan.

Pada 23 November lepas, polis menahan enam lelaki tempatan berusia lingkungan 24 hingga 42 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya dekat sini kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.

Dalam serbuan itu polis turut merampas sepuluh tong ais mengandungi 3,000 bungkusan air ketum yang dianggarkan seberat 900 liter, 35 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum seberat 350 kilogram dengan nilai keseluruhan berjumlah RM41,000. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan