Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan. Foto: Bernama.

SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Nov: Kementerian Kerja Raya (KKR) meminta agensi dan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri untuk mengikuti prosedur operasi standard (SOP) membaiki jalan berlubang bagi Jalan Persekutuan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.

“Harapan kita supaya rakyat tidak mendapat kemudaratan sebagaimana berlaku di Johor, ada orang menyaman satu konsesi bandaran kerana kecederaan di kepala, badan, tangan dan kaki apabila motosikalnya terlanggar lubang.

“Konsesi itu diarah oleh mahkamah untuk membayar. Itu menjadi ingatan kepada kita untuk menjaga jalan di seluruh negeri dengan cepat, cermat dan tepat,” katanya ketika berucap pada Malam Media KKR dan Anugerah Media Pembinaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 2024 di sini malam ini.

Pada April lepas, media melaporkan seorang penunggang motosikal yang cedera akibat kemalangan ketika melalui jalan berlubang di Pasir Gudang, Johor tiga tahun lepas memperoleh ganti rugi RM721,000 daripada sebuat syarikat penyelenggaraan jalan.

Ia selepas Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 28 Feb telah memerintahkan syarikat yang dilantik kerajaan negeri itu membayar kos berkenaan kepada Razali @ Mohd Leey Subeh, 49.

Berikutan keputusan hakim, syarikat penyelenggaraan itu dilaporkan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan