Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan meningkat sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah pengukuhan Indeks Dolar AS ketika pihak Rizab Persekutuan negara maju itu membayangkan kemungkinan menangguhkan kitaran pengurangan kadar faedah. Foto TVS

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Nov: Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan meningkat sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah pengukuhan Indeks Dolar AS ketika pihak Rizab Persekutuan negara maju itu membayangkan kemungkinan menangguhkan kitaran pengurangan kadar faedah.

Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.4550/4650 berbanding dolar AS yang mengukuh daripada paras 4.4560/4600 di akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Fed menerusi minit-minit mesyuaratnya mendedahkan persetujuan bersama dalam kalangan anggota bank pusat AS itu bahawa pelonggaran dasar monetari merupakan hala tuju pilihan dan pelarasan dasar sebaliknya dilaksanakan secara berhati-hati.

“Mereka kekal berwaspada terhadap risiko peningkatan inflasi walaupun mengakui wujudnya tanda-tanda pasaran tenaga kerja yang lebih perlahan.

“Berikutan itu, keputusan kadar faedah itu akan kekal bergantung kepada data dengan tiada perancangan awal untuk menentukan tahap pengurangan itu,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam juga menyifatkan pendekatan Fed akan menjurus kepada penangguhan dalam kitaran pengurangan kadar faedah utama AS yang menyumbang kepada pengukuhan DXY melebihi 107 mata, sekali gus menunjukkan tiada keperluan mendadak untuk menurunkan kadar berkenaan.

“Sejajar dengan senario sedemikian, kita boleh menjangkakan ringgit diniagakan dalam julat lebih kecil dengan cenderung untuk susut,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit juga diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ini termasuk mencatat pengukuhan kecil berbanding pound Britain ke paras 5.6013/6138 daripada 5.6021/6071 pada akhir urus niaga semalam, meningkat berbanding euro kepada 4.6742/6847 daripada 4.6824/6866 namun susut berbanding yen Jepun kepada 2.9129/9196 daripada 2.8952/8980.

Ringgit bagaimanapun diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN, termasuk mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8227/8615 daripada 12.8393/8564 namun rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3103/3182 daripada 3.3066/3098 pada penutup semalam.

Berbanding peso Filipina, ringgit kekal tidak berubah pada 7.55/7.57 berbanding 7.55/7.56 dan naik sedikit berbanding rupiah Indonesia pada 279.5/280.3 daripada 279.6/280.0, sebelum ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan