Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh pada Majlis Penutupan Seminar On Engineered Wood Product 2024 di Kuching, hari ini. Foto TVS

Produk kejuruteraan kayu berpotensi menjadi pilihan dalam sektor pembinaan

KUCHING, 27 Nov: Produk kejuruteraan kayu yang mesra alam sekitar berpotensi menjadi pilihan dalam sektor pembinaan masa hadapan terutama untuk bangunan kediaman dan komersial.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata teknologi kejuruteraan kayu mampu menawarkan penyelesaian yang berdaya saing untuk mengurangkan banyak isu alam sekitar.

Jelasnya, teknologi tersebut mempunyai potensi yang besar untuk mengurangkan pelepasan karbon berbanding bahan konvensional kerana kayu berupaya menyerap dan menyimpan karbon.

“Tidak seperti konkrit dan keluli, yang memerlukan sejumlah besar tenaga untuk menghasilkan, teknologi kejuruteraan kayu ialah sumber boleh diperbaharui yang boleh diuruskan secara mampan,” katanya pada Majlis Penutupan Seminar On Engineered Wood Product 2024 di sini, hari ini.

Tambahnya, Program Alam Sekitar Pertubuhan PBB (UNEP) turut melaporkan bahawa sektor pembinaan adalah antara penyumbang terbesar kepada kemerosotan alam sekitar global.

Katanya, sektor tersebut menyumbang kira-kira enam peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global tetapi menyumbang 25 hingga 40 peratus pelepasan karbon global.

Sektor-sektor tersebut juga menggunakan 40 peratus tenaga dunia dan menghasilkan separuh daripada sisa tapak pelupusan global di samping menyumbang kepada pencemaran udara, air dan bunyi serta kemusnahan habitat semula jadi.

Sehubungan itu, beliau berkata Sarawak menyasarkan penanaman satu juta hektar hutan tanam semula bagi memenuhi permintaan global terhadap produk berasaskan lantai kayu kejuruteraan.

Menurutnya, usaha ini dijangka dicapai dalam tempoh lima hingga enam tahun.
“Cabaran utama adalah memastikan bekalan mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran, bukan sahaja di luar negara tetapi juga untuk kegunaan tempatan.
“Dengan sumber hutan asli yang semakin berkurangan, kita perlu meningkatkan bekalan dari hutan tanam semula,” katanya. –  TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan