Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pikap yang kemalangan kendiri di Bintulu malam tadi, menyebabkan seorang mangsa maut dari arah Miri menuju ke Taman Perindustrian Samalaju. Foto JBPM

Pikap kemalangan di Bintulu sebabkan seorang mangsa maut dari arah Miri

BINTULU, 27 Nov: Pikap yang kemalangan kendiri di sini malam tadi, menyebabkan seorang mangsa maut dari arah Miri menuju ke Taman Perindustrian Samalaju.

Ketua Polis Daerah Binrtulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, dalam kejadian jam 11.30 malam itu, seorang pemuda berusia 22 tahun yang merupakan penumpang telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Bintulu yang tiba di tempat kejadian.

Menurutnya, seorang lelaki lagi iaitu pemandu kenderaan tersebut mengalami kecederaan ringan sahaja.

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu kenderaan tersebut memandu dari arah Miri menuju ke Taman Perindustrian Samalaju.

“Apabila sampai di bulatan berhampiran Taman Perindustrian Samalaju mangsa hilang kawalan terhadap kenderaan dan terbabas lalu masuk ke dalam gaung yang berada di dalam kawasan lapang tengah-tengah bulatan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat,” ujarnya.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap kemalangan tersebut, sekiranya ada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau ternampak berkenaan kejadian, boleh tampil dan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Pung Ting Khang, Balai Trafik Bintulu di talian 086-338575 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu 086-318304.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan