Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah pada majlis penyerahan mesin hemodialisis kepada Hospital Kanowit hari ini. Foto TVS

Penyerahan mesin hemodialisis tingkat perkhidmatan kesihatan Hospital Kanowit

KANOWIT, 27 Nov: Kerajaan Sarawak terus memperkasa kemudahan rawatan bagi pesakit buah pinggang melalui inisiatif Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang dengan penyerahan mesin hemodialisis baharu kepada Hospital Kanowit hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata dedikasi hospital tersebut harus dipuji kerana mampu menjalankan banyak perkhidmatan hemodialisis meskipun dengan ruang dan mesin yang terhad.

“Sekarang ini mereka memberi perkhidmatan kepada 53 orang pesakit buah pinggang. Ini adalah satu perkhidmatan yang sangat bermakna untuk kelangsungan hidup bagi seorang yang menghidap penyakit ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Mesin Hemodialisis kepada Hospital Kanowit di sini, hari ini.

Tambahnya peningkatan pesakit buah pinggang menyebabkan klinik dan hospital kerajaan tidak dapat menampung keseluruhan pesakit dan mereka terpaksa menjalani rawatan di tempat lain.

Namun katanya, kos rawatan di luar seperti di klinik swasta atau NGO sangat membebankan, mencecah antara RM20,000 hingga RM30,000 setahun.

“Justeru sejak 2020, kerajaan negeri telah tampil membantu pesakit dengan menanggung kos pemasangan akses vaskular (AVF), rawatan hemodialisis dan pengangkutan ke pusat rawatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 24 mesin hemodialisis baharu telah diagihkan di seluruh Sarawak pada tahun ini, berdasarkan cadangan daripada pakar nefrologi di Hospital Umum Sarawak.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan Sarawak untuk memastikan pesakit buah pinggang dari kumpulan B40 mendapat akses rawatan berterusan dan berkualiti,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan