Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pakistan dan Belarus menandatangani perjanjian dalam pelbagai bidang semasa lawatan Presiden Belarus Alexander Lukashenko ke Islamabad. Foto AFP

Pakistan dan Belarus meterai 15 perjanjian, desak henti serangan di Gaza, Lubnan, Syria

ByBernama

NEW DELHI, 27 Nov: Pakistan dan Belarus menandatangani perjanjian dalam pelbagai bidang semasa lawatan Presiden Belarus Alexander Lukashenko ke Islamabad.

Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Lukashenko menerusi satu kenyataan bersama pada Selasa mengulangi komitmen untuk mengukuhkan persahabatan antara kedua-dua negara merangkumi bidang politik, perdagangan, ekonomi, budaya, sosial dan lain-lain.

Sepanjang lawatan dari 25 hingga 27 Nov itu, 15 perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) dimeterai oleh kedua-dua pihak.

Mereka bersetuju menubuhkan perusahaan bersama dalam sektor pertanian dan perindustrian bagi menghasilkan jentera pertanian canggih serta meningkatkan kerjasama dalam sektor seperti farmaseutikal, perdagangan halal, peralatan perubatan, kerjasama akademik dan pertukaran pelancongan.

Pihak Berkuasa Pembangunan Perdagangan Pakistan (TDAP) dan Persekutuan Dewan Perniagaan dan Industri Pakistan (FPCCI) dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Industri Belarus (BelCCI) turut menganjurkan forum perniagaan bagi mempromosi perdagangan dan pelaburan dua hala.

Isu Ukraine dan Palestin turut menjadi tumpuan dalam perbincangan antara Pakistan dan Belarus.

“Kedua-dua pemimpin negara itu menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan konflik di Timur Tengah yang membawa kepada krisis kemanusiaan yang dahsyat dan kehilangan nyawa yang besar di Gaza serta Lubnan,” menurut kenyataan itu.

Mereka menyeru “penghentian segera permusuhan, tanpa syarat dan kekal” di Gaza dan Lubnan serta mendesak Israel menghentikan serangan di Syria.

Kedua-dua negara turut menegaskan sokongan terhadap penubuhan sebuah negara Palestin merdeka “berdasarkan penyelesaian kepada dua negara, selaras dengan resolusi-resolusi Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.”

Pakistan dan Belarus juga menekankan keperluan mencari penyelesaian aman untuk konflik di Ukraine melalui usaha diplomatik.

“Kedua-dua pemimpin menekankan bahawa konflik yang berterusan ini mempunyai kesan meluas bukan sahaja terhadap rantau itu, tetapi juga kepada kestabilan dan keselamatan global,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan