Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bersama negara China akan memuktamadkan Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan. Foto: Bakamla Indonesia

Malaysia-China bakal muktamad Kod Tatalaku Laut China Selatan

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 27 Nov: Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bersama negara China akan memuktamadkan Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan menerusi Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama ASEAN-China yang diadakan di Vientienne, Laos.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohammad Alamin berkata kerajaan akan menggunakan platform yang bersesuaian untuk menyuarakan hak kedaulatan dan kepentingan negara.

Beliau menegaskan kerajaan tidak akan mengiktiraf ‘nine-dash line’ yang dikeluarkan negara China dan akan memberi tumpuan kepada isu ini dalam Kepengerusian Asean tahun depan.

“Di peringkat Asean, kita merupakan Pengerusi Bersama Kumpulan Kerja Bersama ASEAN-China dan empat mesyuarat berlangsung di Bali, Bangkok, Shiyan, dan Vientiane, Laos.

“Mesyuarat di Vientiane diadakan pada 27 hingga 29 November untuk memuktamadkan Kod Tatalaku Laut China Selatan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mengenai tindakan kerajaan dalam menjaga kedaulatan negara berikutan pencerobohan kapal dan aset negara asing.

Tambah Mohammad Alamin, COC ini perlu dihormati oleh semua negara Asean, termasuk negara tembok besar China.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri secara konsisten telah dan akan terus mengemukakan nota bantahan kepada mana-mana negara yang didapati aset dan kapal milik kerajaan negara tersebut menceroboh perairan negara.

“Ini adalah selari dengan pendirian tegas negara dalam memastikan hak kedaulatan dan kepentingan terpelihara.

“Ini juga selaras dengan pendirian tegas negara yang mana semua pihak perlu mengelak tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan bersifat provokatif dan mengamalkan pendekatan ‘self-restraint’,” katanya. – TVS

Tags: ASEAN, china, COC

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan