Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki berusia 20 tahun, yang didakwa kerana sengaja melanggar beberapa ekor kanggaru serta mencacatkan badan seekor daripadanya, akan hadir di mahkamah Sydney pada Rabu. Foto hiasan Envato

Lelaki didakwa di Sydney berhubung kezaliman terhadap kanggaru

ByBernama

SYDNEY, 27 Nov: Seorang lelaki berusia 20 tahun, yang didakwa kerana sengaja melanggar beberapa ekor kanggaru serta mencacatkan badan seekor daripadanya, akan hadir di mahkamah Sydney pada Rabu, lapor agensi berita Jerman, dpa.

Lelaki yang berasal dari Northern Beaches di Sydney didakwa pada Oktober atas tuduhan termasuk kezaliman dan kecederaan serius terhadap haiwan, kata pihak polis New South Wales (NSW) pada Rabu.

Lelaki itu dikenal pasti selepas pihak polis menjumpai rakaman CCTV yang menunjukkan sebuah kenderaan secara sengaja melanggar kanggaru berhampiran Lithgow, di barat laut Sydney.

Polis NSW berkata pihaknya akan menunjukkan bukti bahawa lelaki itu dengan sengaja melanggar beberapa ekor kanggaru dewasa termasuk anaknya sebelum mencacatkan badan seekor daripada haiwan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan