Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kesesakan dijangka berakhir pada 30 November sekitar jam 1:30 petang, apabila laluan di kawasan tersebut kembali seperti biasa.

Lalu lintas Jalan Pantai di Lutong dijangka sesak pada 29-30 Nov

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 27 Nov: Pengguna jalan raya diingati agar merancang perjalanan berikutan kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku di Jalan Pantai, Lutong, Miri pada 29 dan 30 November ini.

Keadaan terbabit berpunca daripada penganjuran acara rasmi negeri yang akan diadakan di tapak Projek Loji Janakuasa Miri Combined Cycle Gas Turbine (CCGT), di sini.

Menurut satu kenyataan hari ini, laluan di sekitar tapak acara akan mengalami peningkatan jumlah kenderaan sepanjang tempoh tersebut bagi tujuan persiapan, logistik, dan pelaksanaan acara.

Pihak berkuasa telah menggerakkan pengawal lalu lintas bagi memastikan pergerakan kenderaan terkawal serta mengurangkan gangguan lalu lintas.

Kesesakan dijangka berakhir pada 30 November sekitar jam 1:30 petang, apabila laluan di kawasan tersebut kembali seperti biasa.

Pihak penganjur memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin dihadapi dan menghargai kerjasama serta kesabaran semua pihak sepanjang tempoh ini.

Untuk sebarang perkembangan lanjut, pengguna boleh merujuk laman web atau saluran komunikasi rasmi Majlis Bandaraya Miri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan