Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KRU kembali memukau peminat dengan pelancaran single dan video muzik terbaru bertajuk 'Voodoo. Foto TVS

KRU ubati kerinduan peminat dengan ‘Vodoo’

KUALA LUMPUR, 27 Nov: KRU kembali memukau peminat dengan pelancaran single dan video muzik terbaru bertajuk ‘Voodoo’.

Lagu ini merupakan pembuka kepada album terbaharu mereka dinamakan Kaset yang dihasilkan khas untuk peminat muzik tempatan dan serantau.

‘Voodoo’ ciptaan Datuk Norman Abdul Halim, Datuk Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim menggabungkan elemen Pop Dance, Hip Hop dan R&B mencerminkan identiti muzik KRU yang ikonik.

Menurut Norman, video muzik ini mengisahkan perjalanan karier KRU sebelum mereka melancarkan album pertama pada tahun 1992.

“Seperti mana konsep album ini, kami membawa peminat mengimbau kembali pada era 90-an. Video muzik itu memberi gambaran seolah-olah (di zaman) kita membawa penonton pada tahun 1992,” jelasnya kepada media selepas melancarkan muzik video eksklusif itu di sini, hari ini.

Bagi merealisasikan konsep itu, Edry berkata teknologi kecerdasan buatan (Ai) digunakan bagi mencipta gambaran tersebut.

“Dalam video ini kami menggunakan teknologi AI terkini, yang diusahakan oleh Yusry, untuk memberi gambaran seolah-olah kita membawa penonton ke era 1992.”

Justeru itu, video ini mencatat sejarah apabila KRU menjadi artis tempatan pertama yang menggunakan teknologi Ai untuk mencipta kembar digital (Digital Twin) anggota kumpulan mereka.

“Voodoo amat istimewa bagi kami, bukan sahaja sebagai lagu baru selepas enam tahun, tetapi juga sebagai pembuka lembaran baharu untuk industri muzik tempatan,” ujar Norman.

Beliau juga menyatakan harapan agar karya ini dapat memikat hati peminat lama dan generasi baru.

Video muzik ‘Voodoo’ mempamerkan inovasi kreatif KRU, membuktikan kemampuan kumpulan ini untuk terus menjadi penentu arah aliran dalam dunia hiburan tanah air.

KRU juga menjelaskan bahawa Kaset bukan sekadar album, tetapi sebuah penghormatan kepada peminat yang telah bersama mereka sejak era kegemilangan 90-an.

Lagu ‘Voodoo’ boleh didengar di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer dan KKBox.

Video muziknya pula boleh ditonton melalui saluran YouTube rasmi KRU, krubros pada jam 8 malam ini. – TVS

Tags: kru, Voodoo

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan