Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kereta dipandu seorang wanita warga emas merempuh bangunan kedai, 5Foot Way Bistro Cafe di Maybank Jalan Padungan, Kuching, pagi tadi. Foto JBPM

Kereta dipandu wanita warga emas rempuh bangunan kedai

KUCHING, 27 Nov: Kereta dipandu seorang wanita warga emas berusia 80 tahun merempuh bangunan kedai, 5Foot Way Bistro Cafe di Maybank Jalan Padungan di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, Philip Dugat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10.50 pagi dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Padungan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan kendiri sebuah kereta Proton X50 melanggar bangunan kedai.

“Mangsa berjaya keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba membuat pemeriksaan dan rawatan awal kepada mangsa yang hanya mengalami cedera ringan.

“Pemeriksaan risiko bahaya kebakaran turut dilakukan dan tiada membuat operasi pemadaman.

“Mangsa dihantar ke hospital swasta oleh ahli keluarga mangsa,” ujarnya.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found