Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Selain Terengganu, banjir juga melanda Kelantan, Kedah, Perlis, Perak dan Johor.  Foto APM Pasir Puteh

JPS keluarkan amaran banjir, 30 kampung di Pasir Puteh dijangka terjejas

ByBernama

KOTA BHARU, 27 Nov: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir di Kelantan dengan 30 kampung dijangka dinaiki air melibatkan jajahan Pasir Puteh.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), JPS dalam kenyataan memaklumkan antara kampung yang akan terjejas ialah Kampung Baru, Kampung Gong Serapat, Kampung Pasir Puteh, Kampung Gong Chepa, Kampung Jelor, Kampung Nara, Kampung Pulau Sa, Kampung Kulim dan Kampung Nering.

Turut diramal dinaiki air ialah Kampung Raja, Kampung Tok Sudin, Kampung Sungai Kelong, Kampung Batu Hitam, Kampung Saring, Kampung Temila, Kampung Wakaf Bunut, Kampung Panggong Tiga Daerah, Kampung Daran Buaya, Kampung Telipot dan Kampung Chengal Pulas.

Kampung Bukit Gedombak, Kampung Kamil, Bandar Lama Pasir Puteh, Kampung Kelubi, Bandar Baru Pasir Puteh, Kampung Wakaf Tukup, Kampung Gong Pasir, Kampung Batu Berendam, Kampung Sungai Gali dan Kampung Bukit Awang juga mungkin terjejas.

Menurut PRABN, keadaan itu susulan amaran hujan berterusan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) serta status aras air sungai diramalkan menaik dan akan melebihi aras bahaya sekali gus diramalkan banjir berlaku di beberapa lokasi di negeri ini.

Berdasarkan kenyataan itu, jangkaan banjir itu melibatkan kampung-kampung di kawasan Sungai Semerak, Pasir Puteh terutama di kawasan-kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer dari Sungai Semerak.

Kenyataan itu turut menyatakan banjir diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan bergantung pada keadaan hujan yang signifikan di kawasan berkenaan.

Amaran itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan dijangka banjir supaya lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir.

Orang ramai diminta melayari laman sesawang http://publicinfobanjir.water.gov.my dan Facebook @PublicinfoBanjir bagi mendapatkan maklumat lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan