Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jagung atau Kong Chak Kiong semasa sidang media “Sip & Paint bersama Jagung” di Mercure Hotel Miri di sini, hari ini. Foto: Vanessa Enjop (TVS)

Jagung tampilkan mural tertinggi di Sarawak, jadi ikon seni Miri

ByVanessa Enjop

MIRI, 27 Nov: Tampil sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengangkat seni dan budaya tempatan, Mercure Miri City Centre menganjurkan acara ‘Sip & Paint’ bersama artis mural tempatan terkenal, Jagung.

Acara ini tidak sekadar memperkenalkan seni lukisan, tetapi juga menjadi platform bagi memperkenalkan mural tertinggi di Sarawak, yang memaparkan bintang antarabangsa, Jay Chou.

Mural tertinggi di Sarawak, karya inspirasi bintang global Jay Chou, yang dihasilkan oleh Jagung dijangka siap sepenuhnya pada Disember bulan depan. Foto: Muhd Ahnaf (TVS)

“Saya mula melukis dengan tangan dan kemudian beralih kepada cat sembur, yang biasanya digunakan dalam seni jalanan. Teknik ini memberi saya kebebasan dan ruang untuk berimaginasi lebih luas,” katanya pada sidang media di Mercure Hotel Miri di sini, pada Selasa.

“Mural ini saya jangkakan akan siap sepenuhnya pada Disember bulan depan. Cuaca sering menjadi masalah utama. Walau bagaimanapun, pencapaian ini sangat bermakna bagi saya,” tambahnya.

Menurutnya, mural ini menggunakan sekitar 350 tin semburan cat dan 400 liter cat ilusi untuk menghasilkan karya yang dapat mencabar batasan seni jalanan.

Berinspirasikan ikon muzik global, Jay Chou, Jagung berharap mural ini dapat memberikan pendedahan dan platform bagi seni tempatan mencapai perhatian global.

“Saya berharap dapat menjemput Jay Chou untuk melihat karya ini. Terdapat dua ciri tersembunyi dalam mural ini yang hanya akan saya dedahkan kepadanya.

“Impian saya juga adalah untuk merakamkan rancangan “Jay Style Trip” di Sarawak dan berkolaborasi dengannya suatu hari nanti. Saya bercita-cita untuk menjual karya seni inspirasi ini kepadanya. Itu adalah impian besar saya,” ujarnya.

Bagi Jagung, seni adalah lebih daripada sekadar kreativiti. Ia adalah cara untuk menyampaikan mesej dan nilai, serta mencipta hubungan yang mendalam antara artis dan karya mereka.

“Seni ini mencerminkan perjalanan saya sendiri, dengan elemen-elemen yang menceritakan kisah peribadi saya,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan