Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Hajah Norashikin berkenan diringi Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Industri Kreatif dan Seni Persembahan), Datuk Snowdan Lawan mendengar penerangan daripada salah seorang pempamer di reruai Persidangan dan Ekspo Borneo Craft Global (BCG) 2024 di Tebingan Sungai, Kuching hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

BCG 2024: Belia diseru dalami ketukangan kraf, inovasi bidang keusahawanan

BySteward Dawi

KUCHING, 27 Nov: Anak Sarawak terutama golongan belia diseru agar mendalami bidang ketukangan kraf yang diyakini sebagai satu peluang inovasi kepada bidang keusahawanan dalam industri berkaitan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Industri Kreatif dan Seni Persembahan), Datuk Snowdan Lawan mengakui Sarawak mempunyai inovasi dan peralatan digital yang dapat memperkukuh kedudukannya untuk mengangkat keunikan produk kraf tempatan ke peringkat global, serta memastikan usaha itu disedari oleh komuniti kraf antarabangsa.

“Selaras dengan visi ini, saya sangat teruja untuk mengumumkan Cabaran MasterCraft, satu inisiatif perintis yang direka untuk mencungkil dan mempromosikan bakat cemerlang dalam kalangan komuniti kraf kita di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan dan Ekspo Borneo Craft Global (BCG) 2024 di Tebingan Sungai, Kuching hari ini.

Snowdan dalam pada itu memberitahu kementeriannya telah mengenal pasti 10 finalis yang menunjukkan kreativiti dan kemahiran luar biasa dan mampu meneruskan masa depan warisan kraf Sarawak.

“Menerusi inisiatif ini, kami (kementerian) berhasrat untuk memupuk dan melatih artisan tempatan bagi meneruskan tradisi ini sambil mereka meneroka bidang baharu,” jelasnya.

Tambahnya, BCG 2024 turut menjadi medium untuk mempamerkan bakat unik dan ketukangan artisan kraf tempatan, vendor dan tukang kraf ke persada dunia.

“Ekspo ini dianjurkan bagi memastikan komuniti kraf Sarawak bukan hanya dapat bertahan, tetapi terus berkembang maju untuk generasi akan datang,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan