Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 11 lelaki disyaki terbabit dalam aktiviti kumpulan jenayah secara berleluasa direman untuk siasatan lanjut selepas ditahan menerusi satu operasi khas di sekitar Pulau Pinang, semalam. Foto hiasan Envato

11 disyaki ahli kumpulan jenayah berleluasa diberkas di bawah SOSMA

GEORGE TOWN, 27 Nov: Seramai 11 lelaki disyaki terbabit dalam aktiviti kumpulan jenayah secara berleluasa direman selama 28 hari untuk siasatan lanjut selepas ditahan menerusi satu operasi khas di sekitar negeri ini semalam.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, suspek ditahan menerusi Op Cantas Mutiara kira-kira pukul 3.30 pagi oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang bersama Bahagian Jenayah Terancang (D14) dan Bahagian Operasi Khas (D8) Bukit Aman.

“Seramai 11 orang ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti kumpulan yang menjalankan aktiviti jenayah yang berleluasa di Pulau Pinang.

“Kumpulan itu telah bergiat aktif sejak 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Alwi, kesemua mereka dibenarkan untuk direman bermula hari ini sehingga 28 Disember depan bagi siasatan lanjut.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan kerana menganggotai sebuah kumpulan jenayah terancang dan Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan