Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wani Kayrie Tampil dengan Single Terbaru ‘Aiman Tino’. Foto TVS

Wani Kayrie tampil dengan single terbaru ‘Aiman Tino’

KUALA LUMPUR, 26 Nov: Selepas hampir setahun lebih berehat, penyanyi berbakat Wani Kayrie kembali dengan buah tangan terbarunya melalui sebuah single berjudul ‘Aiman Tino’.

Single terbaru tersebut mula diperkenalkan melalui sedutan satu minit di TikTok pada 27 September lalu telah menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat.

Menurut Wani, lagu itu mengisahkan tentang seorang wanita yang menyimpan rasa suka terhadap lelaki berimej comel seperti Aiman Tino, dan tiada sebarang kaitan dengan penyanyi tersebut.

“Pada awalnya Wani agak takut dengan persepsi orang ramai dalam membawa lagu ini kerana tajuknya.

Namun, lagu (nama) ini merupakan lagu (tajuk lagu) semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan pemunya nama,” jelas penyanyi berumur 24 tahun itu kepada media dalam pelancaran single terbarunya itu.

Tambahnya lagi, pihaknya sudahpun memaklumkan kepada Aiman Tino mengenai pengggunaan namanya sebagai tajuk lagu dan penyanyi lelaki itu memberikan maklum balas yang positif.

Sebelum ini, laporan media menyatakan orang ramai mempersoalkan penggunaan Aiman Tino dalam lagu terbaru Wani, lebih-lebih lagi apabila penyanyi itu sudah bergelar suami.

Sementara itu, Ketua Rocketfuel Entertainment, Sher Leen Wee dengan optimis menyatakan Wani Kayrie merupakan penyanyi yang sesuai dalam membawa lagu tersebut kerana bakatnya yang berkebolehan.

Beliau menyifatkan Aiman Tino sebagai sebuah karya yang mampu memikat pendengar generasi baharu dengan melodi catchy yang tetap mengekalkan elemen tempatan.

“Kami melihat Wani boleh membawa lagu ini ke tahap yang lebih tinggi.

“Sebagai sebuah syarikat rakaman, kami berusaha untuk memberikan sebuah lagu yang terbaik untuk para pendengar dan lagu ‘Aiman Tino’ adalah cara terbaik untuk Wani mendapatkan lebih ramai pendengar baharu,” jelas Leen Wee dalam satu kenyataan.

Single terbaru Wani sudah boleh didengari di platform penstriman digital bermula pada 1 November lalu dan lagu itu turut boleh didengar dalam format Dolby Atmos di Apple Music.

Selain itu, turut dilancarkan adalah muzik video eksklusif yang bakal disiarkan melalui saluran Youtube Wani Kayrie TV bermula pada 25 November 2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan