Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan ke-100 Tahun Jabatan Pertanian Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini malam tadi. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak sasar kurangkan kebergantungan kepada beras import

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 26 Nov: Sarawak menyasarkan untuk mengurangkan kebergantungan kepada beras import dari negara asing selain mengukuhkan potensi sebagai pengeksport beras utama di rantau ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara tersebut didorong oleh beberapa faktor antaranya perubahan iklim.

“Vietnam sekarang menghadapi masalah banjir dan sekiranya padi tidak tumbuh, dari mana kita hendak memperoleh bekalan beras? Kita mengimport dari Vietnam dan mereka pula menghadapi masalah (bencana), tidak konsisten.

“India pula sedang menghadapi turnout, selain banjir. Kita bergantung kepada India. Kalau India tidak menghasilkan beras, berlaparlah kita.

“Apabila saya melihat keadaan sedemikian, saya cuba (menanam padi) di Gedong dengan benih daripada Vietnam. Saya bekerjasama dengan Universiti Putra dan nampaknya berhasil, dalam masa tiga bulan sudah boleh dituai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Sambutan ke-100 Tahun Jabatan Pertanian Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini malam tadi.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya mengusahakan tanaman padi di kawasan tanah milik kerajaan negeri seluas 6,000 hektar di zon selatan termasuk Limbang dan Lawas yang dijangka mampu menghasilkan sehingga 124,000 tan padi setahun.

“Kalau 1,000 hektar dapat menghasilkan lapan tan, bermakna 6,000 hektar akan menghasilkan 48,000 tan.

“Dalam masa dua tahun bersamaan dengan lima musim, ia dapat menghasilkan sehingga 248,000 tan,” ujarnya.

Justeru beliau berhasrat untuk menambah keluasan tanah bagi tujuan penanaman padi sehingga 10,000 hektar bagi menghasilkan sehingga 400,000 tan padi dalam masa dua tahun.

Menurutnya, perkara itu sekali gus menjadikan Sarawak sebagai pengeluar serta pengeksport padi utama di rantau ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan