KUCHING, 26 Nov: Sam Laya dan Abang Abdul Aziz Abang Draup mengangkat sumpah hari ini bagi pelantikan semula sebagai Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Majlis Angkat Sumpah dan Menandatangani Surat Rahsia di sini disempurnakan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta turut disaksikan Ketua Setiausaha Politik Premier yang juga merangkap Ahli Dewan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman dan Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) merangkap ADUN Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep.
Sam Laya mewakili Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Abang Abdul Draup dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebelum ini memegang jawatan berkenaan selama dua tahun.


Pelantikan semula Sam Laya selama setahun berkuat kuasa 1 Julai 2024 hingga 31 Jun 2025 setelah tamat perkhidmatan pada Jun lepas.
Manakala, lantikan Abang Abdul Aziz berkuat kuasa bermula 1 Nov 2024 hingga 31 Okt 2025 setelah tamat perkhidmatan pada Oktober lalu.
Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik dan dif-dif kenamaan yang lain. – TVS