Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar US yang mengukuh, disokong oleh kenaikan semula dalam Indeks Dolar AS (DXY) daripada penurunan baru-baru ini. Foto TVS

Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar US

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Nov: Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar US yang mengukuh, disokong oleh kenaikan semula dalam Indeks Dolar AS (DXY) daripada penurunan baru-baru ini.

Pada 8 pagi, ringgit diniagakan di paras 4.4590/4700 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.4495/4570 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran telah memberi respons positif berikutan berita mengenai pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent yang mengetuai Jabatan Perbendaharaan AS.

Beliau berkata perkembangan itu telah memupuk sentimen mengambil risiko.

“Ringgit mungkin mendapat manfaat daripada potensi peralihan yang mungkin berlaku daripada dolar AS kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun lain,” katanya kepada Bernama.

Ringgit didagangkan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.5862/6000 daripada 5.5939/6033 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6548/6662 daripada 4.6662/6741 ketika ditutup pada Isnin.

Bagaimanapun, ia turun berbanding yen Jepun kepada 2.8880/8955 daripada 2.8811/8861.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang negara ASEAN.

Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3032/3118 daripada 3.3028/3088, turun berbanding peso Filipina kepada 7.56/7.58 daripada 7.54/7.56 dan jatuh berbanding rupiah Indonesia kepada 280.7/281.5 daripada 280.1/280.7 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.8361/8818 daripada 12.8390/8670 sebelum itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan