Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.  Foto AFP

Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan

ByBernama

NEW DELHI, 26 Nov: Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat, mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Pakistan dan mendaftar dengan pihak misi diplomatik.

“Elakkan perjalanan yang tidak perlu, terutamanya di kawasan yang mungkin terjejas oleh pergolakan. Jika anda mesti melakukan perjalanan, maklumkan kepada seseorang tentang rancangan perjalanan anda,” menurut Suruhanjaya Tinggi dalam nasihat yang disiarkan di laman Facebooknya pada Selasa.

“Patuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Mematuhi peraturan adalah penting untuk keselamatan anda,” menurutnya.

Empat anggota keselamatan terbunuh pada Isnin dalam serangan yang disifatkan oleh Perdana Menteri Shehbaz Sharif pada Selasa sebagai tindakan penyokong Imran, yang sejak Ahad cuba menuju D-Chowk, dataran di luar bangunan parlimen.

Perarakan itu bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan untuk membebaskan Imran, yang kini berada di penjara dan menghadapi pelbagai tuduhan.

Kerajaan telah berikrar untuk mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan yang mengadakan protes yang diharamkan di kawasan utama di ibu negara itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan