Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk. Foto AFP

Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk

ByBernama

BANDARAYA GAZA, 26 Nov: Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam yang kehilangan tempat tinggal di Bandaraya Gaza akibat kesesakan di pusat perlindungan, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan, Majlis Perbandaran Gaza menyatakan bahawa penghijrahan besar-besaran orang awam dari utara Gaza ke bandar itu telah meningkatkan tekanan ke atas perkhidmatan air, sanitasi dan pengurusan sisa pepejal.

“Keadaan ini telah memburukkan lagi krisis kesihatan dan alam sekitar yang sedang dihadapi bandar raya itu,” kata majlis perbandaran itu.

Puluhan ribu orang awam Palestin terpaksa meninggalkan kediaman mereka di utara Gaza ke Bandaraya Gaza berikutan serangan darat berterusan oleh Israel di kawasan itu.

“Pemindahan secara paksa ini telah menyebabkan pengumpulan sisa yang belum pernah berlaku sebelum ini dan peningkatan ketara dalam permintaan air, menjadikan situasi amat sukar,” kata majlis perbandaran itu.

Majlis Perbandaran Gaza turut merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk segera campur tangan dan menangani keperluan asas orang awam yang kehilangan tempat tinggal di Bandaraya Gaza “bagi mengelakkan kemerosotan kesihatan awam yang lebih teruk.”

Rakyat Palestin menuduh operasi darat Israel di utara Gaza dibuat sebagai usaha rejim menduduki kawasan itu dan memaksa penduduknya berpindah.

Sejak itu, tiada bantuan kemanusiaan—termasuk makanan, ubat-ubatan dan bahan api—dibenar masuk ke kawasan berkenaan, menyebabkan kebanyakan penduduk, yang kini dianggarkan seramai 80,000 orang, berada di ambang kebuluran.

Serangan itu merupakan episod terbaru dalam konflik di Semenanjung Gaza yang telah meragut lebih 44,200 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak 7 Okt 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan