Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penerjun negara Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim menamatkan kemarau 18 tahun Malaysia menaiki podium pada Kejohanan Terjun Remaja Dunia 2024 selepas merangkul pingat gangsa dalam acara 3 meter papan anjal lelaki (16 hingga 18 tahun) semalam. Foto @AtletMalaysia (Laman X)

Nurqayyum akhiri kemarau 18 tahun Malaysia pada Kejohanan Terjun Remaja Dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Nov: Penerjun negara Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim menamatkan kemarau 18 tahun Malaysia menaiki podium pada Kejohanan Terjun Remaja Dunia 2024 selepas merangkul pingat gangsa dalam acara 3 meter papan anjal lelaki (16 hingga 18 tahun) semalam.

Menurut Akuatik Dunia, penerjun berusia 18 tahun itu menduduki tempat ketiga selepas mengumpul 506.75 mata pada pusingan akhir di Rio de Janeiro, Brazil.

Rakan senegara Yong Rui Jie hanya menduduki tempat ke-10 daripada 12 penerjun selepas mengutip 440.30 mata.

Yan Xin dari China membawa pulang emas selepas menampilkan aksi cemerlang dengan mengutip 546.60 mata, manakala Isak Borslien dari Norway memenangi perak (508.35 mata).

Kali terakhir Malaysia menaiki podium adalah pada edisi 2006 di lokasi sama apabila Elizabeth Jimie dan Bryan Nickson Lomas masing-masing memenangi emas serta gangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan