Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih satu juta unit rokok elektronik atau vap dirampas di England sepanjang 2023-2024 oleh pihak berkuasa piawaian perdagangan, mencatatkan peningkatan sebanyak 59 peratus berbanding tahun sebelumnya. Foto hiasan Envato

Lebih satu juta rokok elektronik dirampas dalam operasi di England

ByBernama

LONDON, 26 Nov: Lebih satu juta unit rokok elektronik atau vap dirampas di England sepanjang 2023-2024 oleh pihak berkuasa piawaian perdagangan, mencatatkan peningkatan sebanyak 59 peratus berbanding tahun sebelumnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Produk-produk itu didapati tidak memenuhi piawaian keselamatan asas UK, dengan kebanyakan mengandungi tahap nikotin yang melebihi had yang dibenarkan, menurut laporan National Trading Standards (NTS).

Data terkini yang dikeluarkan pada Selasa menunjukkan sebanyak 1.19 juta rokok elektronik dirampas dalam Operasi Joseph sebuah inisiatif kerajaan UK bagi memperkukuh penguatkuasaan dan pematuhan terhadap penjualan produk vap.

Operasi ini turut mendedahkan isu penjualan rokok elektronik haram kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, dengan hampir satu perempat (24 peratus) daripada 775 pembelian ujian yang dilakukan oleh pihak berkuasa perdagangan antara Januari dan Mac 2024, melibatkan pembelian oleh kanak-kanak.

Angka ini diumumkan ketika ahli Parlimen bersiap sedia untuk mengundi pada Selasa mengenai Rang Undang-Undang Tembakau dan Vap, yang bertujuan menghalang individu yang lahir selepas 1 Jan 2009 daripada merokok dengan meningkatkan had umur pembelian tembakau secara berperingkat.

“Untuk terus memerangi perdagangan haram produk tembakau dan vape, kerajaan melaburkan tambahan £10 juta (US$12 juta) untuk memastikan produk berbahaya ini tidak jatuh ke tangan kanak-kanak,” kata Menteri Kesihatan UK, Andrew Gwynne.

Rang Undang-Undang Tembakau dan Vape akan memperkukuhkan langkah penguatkuasaan dengan membolehkan pihak berkuasa perdagangan bertindak lebih pantas terhadap produk yang tidak mematuhi peraturan, serta menutup kelemahan undang-undang.

Rang undang-undang itu juga akan memperkenalkan skim lesen bagi peruncit yang menjual produk tembakau, vap dan nikotin di England, Wales, dan Ireland Utara.

Denda sebanyak £200 akan dikenakan serta merta kepada mana-mana peniaga yang didapati menjual produk berkenaan kepada individu di bawah umur.

Vap pakai buang akan diharamkan mulai Jun 2025 di bawah undang-undang alam sekitar, manakala penjualan vap menerusi mesin layan diri dan pengedaran percuma akan dihentikan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan