Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata jumlah siling bagi pekerja asing itu tidak boleh dilepasi menjelang Disember 2024. Foto fail Bernama

Kurang 400,000 pekerja asing 3D sebelum cecah jumlah siling – Saifuddin

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 26 Nov: Negara berhadapan dengan defisit pekerja asing bagi sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) iaitu 400,000 tenaga kerja, menghampiri jumlah siling yang ditetapkan seramai 2.58 juta orang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata jumlah siling bagi pekerja asing itu tidak boleh dilepasi menjelang Disember 2024.

“Ini isu yang kita hadapi secara dasar, bukan ‘piecemeal’. Kalau dibekukan sekarang, negara bakal kerugian 28 bilion setahun dalam industri sawit. Itu hakikat bila kita libat urus dengan sektor pekerja,” katanya dalam sidang Parlimen, hari ini.

Jelas beliau, isu ini merupakan masalah yang berlarutan sejak kerajaan terdahulu lagi.

Sehubungan itu, bagi mengawal selia isu ini, Saifuddin berkata kerajaan telah mengehadkan jumlah siling dan menggantikannya dengan inisiatif lain seperti inovasi dan otomotif dalam sektor 3D.

“Kalau ada pekerja tempatan, syarikat ladang mengupah mereka. Itu hakikat bila kita terlibat urus dalam sektor pekerja,” katanya.

Menurutnya, jumlah warga asing bertaraf nilai tinggi di negara ini hanya 120,000 orang bersamaan 1 peratus daripada 17.2 juta sasaran tenaga kerja. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan