Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenya merancang untuk menubuhkan pasaran karbon, membenarkan entiti awam dan swasta memperdagangkan unit pengurangan pelepasan karbon, mengimbangi dan mendapatkan mitigasi bahan pencemar itu. Foto hiasan Envato

Kenya rancang tubuhkan pasaran karbon

ByBernama

NAIROBI, 26 Nov: Kenya merancang untuk menubuhkan pasaran karbon, membenarkan entiti awam dan swasta memperdagangkan unit pengurangan pelepasan karbon, mengimbangi dan mendapatkan mitigasi bahan pencemar itu, kata seorang pegawai industri pada Isnin, lapor Xinhua.

Kenya sebelum ini mewujudkan struktur teknikal untuk mengawasi pembangunan projek karbon dan mempromosikan penyertaan dalam pasaran karbon, menurut Kenya Electricity Generating Company (KenGen), ahli jawatankuasa teknikal pelbagai sektor (MSTC), sebuah kumpulan peringkat tinggi yang bertanggungjawab mencipta rangka kerja untuk pasaran karbon negara itu.

“Inisiatif itu dijangka memangkin pertumbuhan ekonomi karbon Kenya, membuka jalan kepada negara untuk membiayai tindakan iklimnya melalui penjualan kredit karbon,” kata Peter Njenga, pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif KenGen, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Nairobi, ibu negara Kenya.

Njenga mengesahkan yang KenGen memperoleh sejumlah 6.9 juta kredit karbon daripada enam projek Mekanisme Pembangunan Bersih yang didaftarkan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim. Beliau mendedahkan, projek itu termasuk Pengembangan Geoterma Olkaria II, Pembangunan Semula Stesen Jana Kuasa Hidro Tana dan Projek Angin Ngong.

KenGen berkata langkah itu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Kenya sebagai peneraju dalam tindakan iklim dan tenaga hijau.

Njenga berkata MSTC akan berperanan penting dalam mendorong pelaburan ke dalam projek iklim dan memastikan pematuhan dengan peraturan negara dan antarabangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan