Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pelanjutan itu dilaksana sementara kerajaan merangka skim baharu yang dapat menyediakan insurans dan takaful yang mampu diperolehi golongan B40 untuk jangka panjang. Foto fail Jabatan Penerangan Malaysia

Kementerian Kewangan, BNM kaji pelanjutan skim mySalam hingga 2027

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 26 Nov: Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia sedang mengkaji pelanjutan skim mySalam untuk tambahan dua tahun lagi sehingga 2027.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pelanjutan itu dilaksana sementara kerajaan merangka skim baharu yang dapat menyediakan insurans dan takaful yang mampu diperolehi golongan B40 untuk jangka panjang.

Jelas beliau, skim itu pada asalnya dirancang beroperasi bermula 2019 hingga 2023, namun dilanjutkan sehingga 2025 berdasarkan Belanjawan 2024.

“Sejak bermulanya skim mySalam, sejumlah RM1.01 bilion telah dibayar dengan memanfaatkan 54,000 pesakit penyakit kritikal dan 757,000 pesakit untuk manfaat hospitalisasi.

“Sehubungan itu, dalam Belanjawan 2025, kerajaan telah menyediakan RM60 juta bagi penyediaan baucar untuk membiayai sebahagian kos produk Perlindungan Tenang untuk golongan B40,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) mengenai rancangan jangka panjang mySalam untuk golongan B40.

Sementara itu, sebanyak 143 kiosk mySalam dibuka di hospital utama kerajaan dan dikendalikan oleh petugas yang dilantik secara kontrak.

Katanya, petugas-petugas ini dibayar elaun oleh penyedia perkhidmatan skim tersebut iaitu Great Eastern Takaful Berhad (GETB).

“Baru-baru ini berkuatkuasa 1 November 2024, GETB telah menaikkan elaun petugas kepada
RM110 sehari.

“Dengan pengalaman dan pengetahuan yang telah diperoleh sepanjang berkhidmat dalam mySalam, sekiranya petugas berhasrat menamatkan kontrak tugasan mereka, industri takaful menyediakan peluang keusahawanan bagi petugas tersebut untuk menjadi ejen atau perunding takaful,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan