Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
AI membolehkan sindiket mencipta iklan palsu menggunakan gambar dan video individu terkenal untuk mengaburi mangsa Foto hiasan AFP

Aplikasi TikTok jadi ‘medan’ promosi skim pelaburan palsu – Polis

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Nov: Polis mendedahkan aplikasi TikTok kini semakin menjadi pilihanĀ sindiketĀ penipuan untuk mencari mangsa denganĀ mempromosi skim pelaburan palsu, susulan aplikasi itu semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90Ā peratus denganĀ 131 kes bagi tempoh Januari hingga Oktober lepasĀ berbanding 59 kes pada 2023, 2022 (27 kes)Ā dan 2021 (13 kes).

ā€œDari aspek kerugian pula,Ā jumlah yang direkodkan terus meningkat daripada hanya RM400,000Ā dicatatkan padaĀ 2021 kepada RM1.28 juta pada 2022 danĀ RM7.25 juta pada 2023.

ā€œPada tahun ini setakatĀ Oktober lepas, jumlah kerugian yang direkodkan telah mencecah RM6.39 juta,ā€ katanya pada sidang media di siniĀ hari ini.

Beliau berkata daripada 131 kes itu, sebanyakĀ 66 mangsa adalahĀ wanita manakala bakinya lelaki dengan 23 peratusĀ berusia 31 hingga 40 tahun, diikuti 21 hingga 30 tahun (21.4 peratus), dan 41 hingga 50 tahun (17.5 peratus).

ā€œBagi kategori kumpulan pekerjaan, pekerja swasta mencatatĀ individu paling ramai menjadi mangsa dengan 54.2 peratus, tidak bekerja (16.8 peratus), pesara (9.9 peratus), penjawat awam (7.6 peratus), peniaga (6.9 peratus) dan pelajar (4.6 peratus),ā€ katanya.

Ramli berkataĀ perkembangan pesat penggunaan media sosial di Malaysia jelas mengundang peningkatan dalam kes penipuan.

“Berdasarkan laman web meltwater.com, setakat Januari lepas, pengguna media sosial mencecah sebanyak 28.68 juta orang dan jumlah ini bersamaan 83.1 peratus daripada populasi keseluruhan rakyat Malaysia iaitu 34.5 juta orang.

ā€œAngka ini menjelaskan mengapa media sosial merupakan platform yang menjadi pilihan kepada sindiket untuk mencari mangsa.Ā Selain capaian terhadap pengguna yang ramai, media sosial juga mampuĀ memberikan kelebihan kepada penjenayah untuk menyembunyikan identitiĀ mereka.

ā€œKecanggihan teknologi, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI), membolehkan sindiket mencipta iklan palsu menggunakan gambar dan video individu terkenal untuk mengaburi mangsa,ā€ katanya.

Beliau berkata walaupun sudah kerap kali pihaknya menyuarakan amaran bahawa segala skim pelaburan yang diiklankan menerusi media sosial adalah penipuan, masih ramai pengguna terus terpedaya.

Sehubungan itu, Ramli menasihatiĀ orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang iklan pelaburan melalui media sosial tanpa pengesahan sahih. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan