Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan hari ini dengan wakil 'chaebol', seorang tokoh terkemuka dari konglomerat Korea Selatan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia. Foto Anwar Ibrahim (X)

Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini

ByBernama

SEOUL, 26 Nov: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan hari ini dengan wakil ‘chaebol’, seorang tokoh terkemuka dari konglomerat Korea Selatan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

Selain itu, Perdana Menteri juga dijadual mengadakan pertemuan mulai 9 pagi (waktu Korea Selatan) dengan syarikat-syarikat terkenal, antaranya Kumpulan Samsung, SK Nexilis, Kumpulan POSCO dan Lotte International.

Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan ‘bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi’ daripada Republik Korea.

Chaebol (tokoh korporat) adalah konglomerat milik keluarga, secara tradisinya menikmati hubungan rapat dengan kerajaan Korea Selatan.

Sokongan kerajaan negara tersebut terhadap entiti itu bermula selepas Perang Korea sebagai sebahagian daripada usaha untuk membina semula ekonomi negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan