Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan “tranche” kedua program pembelian balik sahamnya. Foto fail AFP

Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham

ByBernama

AMSTERDAM, 26 Nov: Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan “tranche” kedua program pembelian balik sahamnya.

Airbus pada Isnin berkata ia merancang untuk membeli balik sehingga 2.12 juta saham antara 25 November dan 24 Januari sebagai sebahagian daripada rancangan keseluruhan untuk membeli balik sehingga 4.25 juta saham, lapor agensi berita Jerman dpa.

Program pembelian balik saham ini bertujuan untuk menyokong program pemilikan saham pekerja masa depan serta pelan pampasan berasaskan saham.

Airbus telah melantik sebuah firma pelaburan untuk menguruskan “tranche” kedua program ini, yang akan melibatkan pembelian sehingga 2,127,000 saham.

“Tranche” pertama program ini melibatkan sehingga 2.12 juta saham dan telah selesai pada 4 Oktober. Pembelian balik keseluruhan sebanyak 4.25 juta saham dijangka selesai menjelang 31 Mac.

Pada Jumaat, dagangan biasa Airbus ditutup pada harga US$146.72. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan