KUCHING, 26 Nov: Seramai 148 orang menerima pingat pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak di sini, hari ini.
Seramai 11 orang menerima darjah Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S.) terdiri daripada Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee, Mohamad Shafizan Kepli ( Batang Lupar), Roy Angau (Lubok Antu), Allan Siden Gramong (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan), Awla Dris (ADUN Simunjan), Billy Sujang (ADUN Opar), Dayang Noorazah (ADUN Lingga), Lidam Assan (ADUN Katibas), Wilfred Yap Yau Sin (ADUN Kota Sentosa), Profesor Dr. Asri Said, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Mohammad Fahmi Mustafa yang merupakan Setiausaha Sulit Kanan di Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara.
Seramai lapan penerima menerima pingat Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) termasuk ADUN Ngemah, Anyi Jana, 26 penerima Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B.) dan 16 penerima Ahli Bintang Sarawak (A.B.S.).
Dalam pada itu, seramai lapan penerima Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K.), 41 penerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T.) dan 38 penerima Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.).
Istiadat tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar kira-kira jam 11 pagi tadi.
Turut hadir isteri TYT, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato Henry Jinep, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Integriti dan Ombudsman, Datuk Dr Juanda Jaya, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik serta dif- dif kenamaan yang lain. – TVS