Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan jualan buku baharunya, "Save America" yang mana beliau menggambarkan empat tahun pertamanya sebagai ketua negara dan wawasan bagi penggal seterusnya di Rumah Putih, lapor Sputnik/RIA Novosti. Foto fail AFP

Trump umum penjualan buku baharunya dengan wawasan penggal kedua

ByBernama

WASHINGTON, 25 Nov: Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan jualan buku baharunya, “Save America” yang mana beliau menggambarkan empat tahun pertamanya sebagai ketua negara dan wawasan bagi penggal seterusnya di Rumah Putih, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Buku itu dijual pada harga US$99, dengan salinan bertandatangan dijual pada harga US$499. Buku itu digambarkan sebagai “pandangan yang tiada tandingan” mengenai empat tahun pertama Trump memegang jawatan Presiden dan visinya untuk penggal seterusnya, serta dipenuhi dengan “detik ikonik” daripada pentadbiran pertama Trump.

“Daripada sidang kemuncak bersejarah bersama pemimpin dunia hingga rakaman spontan dari Rumah Putih, setiap foto telah dipilih oleh Presiden Trump, di samping kata-katanya, yang memberikan wawasan tentang apa yang akan membentuk empat tahun beliau yang akan datang di pejabat,” menurut huraian buku itu.

Trump, yang memegang jawatan itu selepas pilihan raya 2016, memenangi pilihan raya presiden pada 5 Nov, menjadikannya pemimpin AS pertama sejak abad ke-19 yang kembali ke Rumah Putih selepas berehat selama empat tahun.

Majlis pelantikan Trump akan berlangsung pada 20 Jan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan