Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persidangan dua hari itu akan berlangsung di bandar kecil Fiuggi, kira-kira 80 kilometer di luar Rom dan merupakan mesyuarat terakhir Menteri-menteri Luar G7 yang dijadualkan tahun ini. Foto fail AFP

Timur Tengah, Ukraine dan Trump dalam agenda Mesyuarat Menteri Luar G7

ByBernama

FIUGGI (Itali), 25 Nov: Menteri-menteri Luar Kumpulan Tujuh (G7) bermesyuarat di sini pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Persidangan dua hari itu akan berlangsung di bandar kecil Fiuggi, kira-kira 80 kilometer di luar Rom dan merupakan mesyuarat terakhir Menteri-menteri Luar G7 yang dijadualkan tahun ini.

Konflik di Timur Tengah dan Ukraine dijangka menjadi antara topik utama, bersama-sama implikasi pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat terhadap orde antarabangsa.

Waran tangkap yang baru-baru ini dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang dalam konflik Gaza telah mencetuskan kontroversi.

Dalam konflik di Ukraine, Rusia baru-baru ini melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu ke arah Ukraine yang menurut pakar, boleh dilengkapi dengan peranti letupan nuklear – walaupun ini tidak berlaku.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, Ukraine dilaporkan menyerang sasaran ketenteraan di Rusia dengan peluru berpandu ATACMS dari Amerika Syarikat yang mampu mencapai sehingga 300 kilometer serta peluru berpandu jelajah Storm Shadow dari United Kingdom.

Di Indo-Pasifik pula, Taiwan melihat dirinya terancam oleh China.

Itali memegang jawatan presiden G7 sehingga akhir tahun ini. Ahli lain ialah Amerika Syarikat, Kanada, Britain, Jepun, Perancis dan Jerman. -TVS

Tags: G7, itali, Trump

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan