Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula hari ini. Foto FAM (FB)

Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini – FAM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula hari ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman Facebook rasminya mengumumkan penetapan harga RM30 bagi tempat duduk terbuka, RM50 (grandstand) dan RM60 (premium), manakala tiket kanak-kanak dijual pada harga RM5.

Tiket boleh didapati menerusi laman sesawang www.tickethotline.com.my.

Stadium Nasional akan menjadi tuan rumah melibatkan aksi Malaysia menentang Timor Leste pada 11 Dis, dan Singapura pada 20 Dis.

Skuad kendalian Pau Marti Vicente akan memulakan kempen menentang Kemboja pada 8 Dis di Phnom Penh, sebelum menghadapi cabaran juara bertahan Thailand pada 14 Dis di Bangkok.

Kumpulan B pula dibarisi naib juara Vietnam, Indonesia, Filipina, Myanmar dan Laos.

Hanya dua pasukan teratas akan layak ke separuh akhir, dan aksi separuh akhir serta final dilangsungkan mengikut format timbal balik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan