Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
 Foto hiasan Envato

Tiga lelaki didakwa rompak warga China guna pisau

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang lelaki warga China bersenjatakan sebilah pisau, dua minggu lepas.

N. Tamilselvan, 33, S. Krishnna, 24, dan Muhamad Hafizam Shahadan, 23, didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu terhadap Zhad Wenzhuang dengan merompak dua jenis AirPod berjenama Samsung dan Apple serta dua telefon bimbit berjenama Samsung dan iPhone 15 Pro di hadapan Lorong Petron, Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini pada 11 pagi, 11 Nov lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal tidak mencadangkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin namun jika mahkamah membenarkan jaminan, pendakwaan mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan melapor diri di balai polis setiap bulan.

Peguam AP Chandra yang mewakili ketiga-tiga tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan kesemua anak guamnya tidak bekerja.

Hakim Egusra Ali membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan mereka perlu melaporkan diri di balai polis setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan 24 Dis ini untuk sebutan kes. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan