Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching. Foto fail Jabatan Penerangan Malaysia

Suntingan video temu bual Anwar bersama CNN diserah kepada PDRM

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Suntingan video temu bual Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Richard Quest dari CNN akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

Teo berkata, tindakan itu diambil berikutan penjelasan daripada Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Ahmad Fahmi Fadzil yang menyatakan video tersebut telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan rakyat.

“Tentang tindakan yang akan diambil mereka yang sunting video (temu bual Anwar bersama CNN), saya rasa lebih sesuai dijawab oleh PDRM,” katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Terdahulu, Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) meminta penjelasan mengenai suntingan video tersebut yang memberi gambaran seolah-olah Kerajaan Malaysia mengiktiraf kewujudan Israel.

Fahmi Fadzil menjelaskan, video tular itu tidak menggambarkan pendirian sebenar Perdana Menteri, yang menegaskan Malaysia akan terus melindungi Palestin dan tidak akan mengiktiraf negara haram Israel. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan