Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri. Foto fail Bernama

Stigma sosial, malu punca gangguan seksual lelaki tidak dilaporkan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUALA LUMPUR, 25 Nov : Isu kes gangguan seksual dalam kalangan lelaki seringkali tidak dilaporkan akibat stigma sosial dan rasa malu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menyuarakan kebimbangan berhubung peningkatan kes gangguan seksual terhadap lelaki yang sering kali tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

“Sebenarnya ada juga, cuma lelaki tidak mahu melapor. Apabila kita menganjurkan advokasi anti-gangguan seksual, sebelum itu kes kita hanya dalam berbelas. Jadi apabila kita menganjurkan advokasi anti-gangguan seksual, tetapi kita dapat angka dari pihak polis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kempen Elimination of Violence Against Woman di Lobi Utama Blok Parlimen di sini, hari ini.

Sementara itu, Nancy berkata, walaupun mangsa gangguan seksual lelaki tidak selalu membuat laporan kepada polis namun bilangan kes yang dilaporkan melalui Pusat Khidmat Sokongan Sosial (PSSA) adalah cukup membimbangkan.

“Tapi yang mengadu ke PSSA pusat khidmat sokongan sosial kita ramai. Bermakna, jumlah itu membimbangkan, kalau sampai beratus, seribu lebih, bermakna mereka masih terancam,” ujarnya.

Beliau turut menekankan adalah penting untuk semua pihak bukan hanya kerajaan tetapi juga masyarakat untuk tampil membantu golongan terkesan.

“Kita juga mahu mereka datang melapor, bukan kepada kami sahaja yang dapat menolong tetapi kepada seluruh negara dan masyarakat untuk menolong mereka yang terkesan ini,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut berkongsi kebanyakan kes gangguan seksual terhadap lelaki melibatkan situasi antara lelaki dengan lelaki.

Nancy juga memaklumkan sebelum pandemik COVID-19, terdapat lebih ramai lelaki yang tampil untuk membuat laporan kepada polis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan