Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Tan Sri Bernard Giluk Dompok di Astana Negeri Sarawak, Kuching, hari ini. Foto TVS

SME Corp. Malaysia komited perkasa usahawan belia Sarawak

KUCHING, 25 Nov: SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) terus komited membantu Sarawak dalam memperkasa pembangunan belia di wilayah itu terutama dari aspek keterlibatan belia dalam aktiviti komersial.

Pengerusinya, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata komitmen itu bagi membolehkan golongan belia terus bergerak kehadapan dan mempunyai daya saing yang tinggi.

Menurutnya, ia perlu dimulakan dengan merancakkan aktiviti peniagaan penting dan memuatkannya dalam sistem sedia ada agar ia dapat dibantu dan diperkasakan pelaksanaannya.

“Daripada aspek ini saya fikir SME Corporation Malaysia berupaya menjadi penggeraknya.

“Ia adalah satu perbincangan yang memberansangkan dan kita melihat ke hadapan untuk menjadi sebahagian daripada usaha pembangunan belia Sarawak.

“Kita juga mahu memastikan kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan mempunyai jaringan bantuan di SME Corporation Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Yang turut serta dalam kunjungan hormat tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia, Rizal Nainy, Ketua Pegawai Operasi SME Corporation Malaysia, Mohd Izham Abdullah dan Pengarah SME Corporation Malaysia Cawangan Pejabat Sarawak Julyskristin Poly. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan