Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Seorang maut, pesawat kargo terhempas berhampiran Lapangan Terbang Vilnius

ByBernama

RIGA, 25 Nov: Sekurang-kurangnya seorang maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah pesawat kargo yang beroperasi bagi pihak DHL dari Leipzig terhempas di sebuah bangunan kediaman berhampiran Lapangan Terbang Vilnius, menurut Agensi Berita BNS.

Laporan itu memetik kenyataan seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan, sebagaimana dilaporkan oleh agensi berita Jerman dpa.

Laporan awal menunjukkan terdapat empat orang di dalam pesawat malang itu dan kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Petugas kecemasan kini berada di lokasi kejadian dan punca kemalangan masih belum diketahui.

Data awal menunjukkan bahawa pasukan penyelamat menerima laporan sekitar 5.28 pagi (0328 GMT) mengenai pesawat kargo yang terhempas di sebuah bangunan kediaman dua tingkat, yang kini dilaporkan terbakar.

Ketua anak syarikat DHL Lithuania mengesahkan bahawa pesawat itu milik kontraktor syarikat berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan