Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Ahmad Maslan ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini. Foto Bernama

Perlu pinda akta sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Kerajaan perlu melakukan pindaan terhadap beberapa akta sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong (Multi Lane Fast Flow – MLFF) dapat dilaksanakan untuk mengelakkan peningkatan dalam jumlah pengguna lebuh raya yang enggan membayar tol.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, menjelaskan bahawa setakat ini, hanya 0.01 peratus pengguna yang tidak membayar tol dengan sebahagian daripadanya disebabkan oleh tingkah laku seperti mengekori kenderaan terlalu rapat.

“Palang tol berfungsi sebagai kawalan yakni mereka yang tidak membayar boleh dilihat dengan jelas.

“Namun jika sistem tol tanpa rumah tol seperti yang dicadangkan, mereka yang culas membayar tol akan semakin ramai.

“Oleh itu, kita perlu meminda akta untuk menentukan kaedah atau siapa yang akan bertanggungjawab jika mereka mengelak daripada membuat pembayaran,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) mengenai status terkini pelaksanaan MLFF semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Ahmad turut menyatakan bahawa keputusan mengenai pelaksanaan MLFF akan dimuktamadkan pada 16 Disember ini, berdasarkan perjanjian yang telah ditetapkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan