Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Sidang Kemuncak Hala Tuju Gas Sarawak (SGR) 2024 di sebuah hotel terkemuka di Kuching pada Isnin. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Pembangunan CCGT Miri bermula 30 November ini – Abang Johari

KUCHING, 25 Nov: Pembangunan Loji Tenaga Turbin Gas Kitaran Gabungan (CCGT) Miri merupakan langkah besar dalam mencapai matlamat untuk menyediakan sumber tenaga yang lebih mapan, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Premier Sarawak itu, majlis pecah tanah loji tenaga itu akan diadakan pada 30 November ini.

“Ia menandakan satu pencapaian penting dalam usaha kita untuk memperkukuh keselamatan tenaga serta meningkatkan kapasiti penjanaan elektrik di utara Sarawak sekali gus menyokong pembangunan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Hala Tuju Gas Sarawak (SGR) 2024 di sebuah hotel terkemuka di Kuching pada Isnin.

CCGT dengan kapasiti 500 Megawatt (MW) merupakan salah satu projek infrastruktur utama di bawah Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR) termasuk Saluran Paip Gas Samalaju (SPL) dan Hab Rendah Karbon Kuching.

Menurut Abang Johari, permintaan global terhadap gas asli dijangka terus meningkat melangkaui tahun 2030, terutamanya di Asia.

Bagi menyokong permintaan ini, campuran tenaga Malaysia dijangka meningkatkan penggunaan gas asli dari 43 peratus kepada 56 peratus antara 2023 dan 2050.

Jelasnya, perkembangan itu menunjukkan kepentingan gas asli dalam menyokong ketahanan ekonomi dan usaha peralihan tenaga.

“Kini dengan PETROS sebagai agregator gas tunggal, Sarawak akan menjadi pemain utama dalam memenuhi permintaan global yang semakin meningkat dengan menguruskan secara strategik pengagihan sumber gas asli kita.

“Untuk memaksimumkan potensi sumber, mengukuhkan keselamatan tenaga, dan merangsang pertumbuhan industri bukan sahaja untuk Sarawak, tetapi juga untuk kawasan yang lebih luas,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan