Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong. Foto fail Bernama

Pekerja diseru sertai kesatuan sekerja untuk pastikan nasib terbela – Sim

ByBernama

PUTRAJAYA, 25 Nov: Semua pekerja diseru untuk menyertai kesatuan sekerja bagi memastikan nasib mereka lebih diperkasakan dan terbela, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata bilangan kesatuan sekerja di Malaysia telah mencapai 759 kesatuan sekerja dengan keanggotaan seramai 1,030,384 anggota.

Katanya, Akta Kesatuan Sekerja 1959 Pindaan 2024 berkuat kuasa pada 15 Sept lepas memperkasakan kesatuan sekerja di Malaysia sekali gus membolehkan kekangan-kekangan dalam penubuhan kesatuan sekerja dikurangkan.

“(Melalui akta itu), pekerja-pekerja mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan dalam menganggotai dan menubuhkan kesatuan sekerja.

“Hasrat saya adalah untuk memastikan setiap pekerja dapat keluar setiap hari ke tempat kerja dalam keadaan sihat, memperoleh gaji serta manfaat yang setimpal, dan pulang semula ke pangkuan keluarga tersayang dalam keadaan selamat,” katanya.

Sim berkata beliau telah mengadakan lawatan kerja ke pejabat kesatuan sekerja antaranya All Malayan Estates Staff Union (AMESU) bagi memahami isu-isu yang dihadapi kesatuan.

“Komunikasi dua hala ini dapat menjadi platform bagi kesatuan-kesatuan untuk memberi input yang bernas kepada Kerajaan MADANI,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan