Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Sidang Kemuncak Hala Tuju Gas Sarawak (SGR) 2024 di sebuah hotel terkemuka di Kuching pada Isnin. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

MUT, PETROS perkukuh kerjasama urus tenaga lestari

ByWilly Jali

KUCHING, 25 Nov: Kerajaan Sarawak, melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menjalinkan kerjasama dalam menguruskan sumber semula jadi secara mampan di wilayah ini.

Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, kerjasama yang dijalinkan ini memperkukuh aspirasi Sarawak untuk mencapai ekonomi rendah karbon.

“PETROS telah diamanahkan untuk memacu inisiatif ini dan memudahkan pelaburan strategik yang akan menyokong objektif pelan ini sekali gus memperkukuh aspirasi Sarawak untuk mencapai ekonomi rendah karbon,” katanya.

Tambah Julaihi, Sarawak berada pada kedudukan yang baik dalam menarik peluang pelaburan yang besar dan memacu pertumbuhan ekonomi di wilayah ini.

Sementara itu, Pengerusi PETROS, Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo memaklumkan kerjasama ini turut melibatkan pelan pembangunan hab gas strategik.

Katanya, hab-hab ini berfungsi sebagai titik pengagihan tenaga kritikal dan pemacu utama pembangunan industri masa depan serta merangsang pertumbuhan ekonomi di seluruh Sarawak.

“Dengan memberi tumpuan kepada empat hab ini Pelan Hala Tuju Gas Sarawak membolehkan PETROS mempromosikan penggunaan gas asli yang lebih meluas iaitu bahan api yang lebih bersih untuk penjanaan tenaga domestik,” ujarnya.

Selain itu, PETROS turut menjalinkan kerjasama dengan rakan strategik untuk memperkukuh kedudukannya sebagai hab tenaga rendah karbon serantau melibatkan Mitsubishi, Woodside Energy dan PETRA Energy.

Pertukaran dokumen antara PETROS dengan rakan strategik lain turut disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Sidang Kemuncak Hala Tuju Gas Sarawak 2024 di sebuah hotel terkemuka di Kuching pada Isnin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan