Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan. Foto fail Bernama

MOTAC perluas aspirasi generasi pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi

ByBernama

SHAH ALAM, 25 Nov: Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Khairul Firdaus Akbar Khan berkata inisiatif yang dilakukan dengan kerjasama institusi pendidikan tinggi itu juga bertujuan menangani kekurangan tenaga kerja mahir bagi menerajui sektor pelancongan negara khususnya dalam lima subsektor iaitu pemandu pelancong, hotel, spa dan premis kesejahteraan dan urutan (PKU), golf serta taman tema.

“Kita berikan satu pendekatan paling utama kepada para pelajar iaitu tentang keunikan dan peluang yang ada dalam sektor pelancongan di bawah lima subsektor. Bagi memastikan pelajar mendapat pekerjaan, kita lakukan ‘pemadanan pekerjaan’ supaya mereka tahu di mana mereka nak mendarat.

“Selama ini kita juga mendapat maklumat daripada pemain industri tentang kesukaran untuk mendapatkan tenaga kerja mahir, dan ini adalah satu langkah jangka pendek dan tengah supaya permintaan pihak industri kita dapat penuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan dengan Kerjasama Management and Science University (MSU) Talent Sync Expo 2024 di sini hari ini.

Khairul Firdaus turut menyeru para belia supaya sentiasa mempelajari kemahiran baharu dan mengasah bakat dalam bidang yang diminati, serta meletakkan keyakinan bahawa bidang kemahiran juga adalah kunci kejayaan dalam pasaran kerja yang kompetitif pada masa kini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan