Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Mohamad Hasrin ketika melancarkan Malaysian Gastronomy Truly Asia. Foto David Andreas (TVS)

Masakan asli Malaysia dipopularkan di Indonesia

JAKARTA, 25 Nov: Masakan asli Malaysia diperkenalkan di Indonesia menerusi Malaysia Gastronomy Truly Asia 2024 yang berlangsung di Hotel Le Meridien.

Program dua hari itu merupakan platform mempromosi kepelbagaian budaya Malaysia menerusi masakan warisan.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin berkata, beliau berpendapat program tersebut menjadi soft diplomacy untuk memperkenal Malaysia merentas sempadan.

“Sajian makanan dari Malaysia atau gastronomi diplomatik ini boleh menyumbang kepada pengukuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Menurutnya, program tersebut diharap menggalakkan kunjungan rakyat Indonesia ke Malaysia.

“Kita dapat lihat nilai perkongsian dan pembelajaran dalam setiap tradisi makanan, memupuk semangat perpaduan serta persefahaman bersama,” ujarnya.

Program tersebut mendapat sentuhan Chef Justin Kam dari Pulau Pinang yang menyajikan pelbagai menu istimewa seperti popiah basah, kerabu manggsa dan asam laksa Pulau Pinang.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan