Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menerima cenderamata selepas menghadiri Majlis Penutupan Pesta Asajaya di pekarangan Pusat Penjaja Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Kampung Tambirat malam tadi. Foto TVS

Isu pertindihan tuntutan tanah di Kampung Tambirat akan diselesaikan dengan baik – Abdul Karim

ASAJAYA, 25 Nov: Isu pertindihan tuntutan tanah di Kampung Tambirat di sini, akan diselesaikan secara telus dan baik, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata, perkara itu timbul selepas pemilik asal tanah terlibat yang telah membenarkan orang kampung memasuki tanah tersebut sebelum ini mahu mengambil tanah tersebut sehingga melibat prosedur mahkamah.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan perkara itu akan diselesaikan secara baik dengan pihak terlibat disamping memastikan penduduk kampung yang sudah mendiami tanah tersebut terus kekal di kawasan itu.

“Ia (tuntutan tanah) akan diselesaikan sebaik-baiknya ataupun secara bagus manis dengan semua yang terlibat tidak akan berasa rugi.Orang empunya tanah akan mendapat gantiannya dan orang yang duduk di atas tanah tersebut selama berpuluh tahun tidak akan terasa was-was sama ada rumahnya akan diroboh atau sebaliknya.

“Ia kerana saya tidak mahu melihat masyarakat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) saya ini berperasaan sebegitu,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Pesta Asajaya di pekarangan Pusat Penjaja Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Kampung Tambirat di sini, malam tadi.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak itu berkata, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak seharusnya merujuk terlebih dahulu kepada beliau mengenai isu tersebut sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan atau mengarahkan penduduk terlibat mengosongkan tanah dalam pertikaian tersebut.

Malah, beliau menyuarakan ketidakpuasan hatinya dengan tindakan jabatan itu kerana ia seolah-olah tindakan berat sebelah tanpa memberikan kaedah penyelesaikan kepada isu berbangkit terutamanya melibatkan penempatan semula penduduk terlibat.

“Cara ini yang saya tidak suka sekali, maka sebab itu saya berani berkata kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bahawa tindakan itu bukan cara menyelesaikan masalah tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mahu peniaga-peniaga yang berniaga di Pusat Penjaja Kampung Tambirat terus menjaga kualiti setiap produk yang dihasilkan dan dijual oleh mereka.

Katanya, sikap tersebut penting untuk terus menjaga imej pusat penjaja tersebut yang mula dikenali pelancong untuk mendapatkan produk asli masyarakat luar bandar Sarawak.

“Dengan jaringan jalan perhubungan yang kian mudah, pusat penjaja di kampung terbabit mula dikenali oleh pelancong luar dari Kuching dan Samarahan untuk mendapatkan produk-produk unik masyarakat tempatan.

“Sedikit sebanyak pekara sebegini yang akan mengangkat kawasan, gerai-gerai jualannya dan juga barang-barang yang dijual di gerai-gerai tersebut.

“Situasi ini pastinya akan memberikan keuntungan kepada orang-orang di kawasan ini, maka sebab itulah saya mahu orang yang terlibat dalam ekonomi dan usahawan ini untuk menjaga sebaik-baiknya kebersihan dan kualiti bahan-bahan jualan mereka,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan